Keputusan SPM 2024 catat peningkatan calon cemerlang

PUTRAJAYA – Seramai 14,179 daripada 402,918 calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 11,713 calon pada tahun 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan berkata, pencapaian itu merupakan keputusan terbaik pernah dicatatkan sejak syarat pensijilan SPM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2013.

“Seramai 86,040 calon pula memperoleh keputusan Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran, berbanding 83,112 calon pada SPM 2023,” katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, seramai 136,791 calon pula mencatat keputusan Lulus, iaitu sekurang-kurangnya gred E dalam semua mata pelajaran, berbanding 131,489 calon pada tahun sebelumnya.

Peperiksaan SPM 2024 berlangsung dengan lancar dari 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025, melibatkan 402,918 calon yang menduduki peperiksaan di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Datuk Azman turut merakamkan penghargaan kepada semua warga pendidik, ibu bapa serta pihak berkepentingan atas sokongan dan usaha gigih memastikan kecemerlangan calon.

“Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan keberkesanan sistem pendidikan negara, malah membuktikan usaha berterusan calon dan sokongan menyeluruh yang diterima mereka,” katanya.

BACA JUGA:  Kejayaan Fakhrul raih 11A+ buat ramai tersentuh
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...