Kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak: Fadhlina gesa bantuan disalur segera

KONGSI

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan bahawa bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, susulan insiden kebakaran yang membabitkan sebuah blok bangunan asrama sekolah berkenaan semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Fadhlina berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terjamin.

\”Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.

Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,\” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN