Dr. Rushdi enggan ceraikan Nora, mahkamah tetapkan sebutan kedua kes perceraian

PETALING JAYA – Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua bagi kes perceraian penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Penetapan tarikh tersebut dibuat selepas Dr. Rushdi enggan menceraikan Nora dalam prosiding yang berlangsung hari ini. Menurut peguam mewakili Nora, Sarah Mohd. Ali, tindakan itu menyebabkan pasangan terbabit perlu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Dr. Rushdi menolak permohonan cerai kali ini. Jadi, akan berlaku sebutan kali kedua pada 4 Jun depan untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai. Bagaimanapun, pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa beliau menolak perceraian,” kata Sarah kepada media selepas prosiding.

Tambah beliau, sekiranya proses JKP tidak berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan tersebut, langkah seterusnya adalah melalui proses hakam.

Terdahulu, pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian setelah mendapati rumah tangga mereka gagal menemui titik penyelesaian.

Untuk rekod, Datuk Nora mengesahkan beliau telah bernikah dengan Dr. Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, pada hujung tahun 2021.

Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi, pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung ketika berusia 52 tahun.

BACA JUGA:  ‘Ini gambar terakhir mereka’, pasangan suami isteri maut lepas sesi fotografi raya
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...