Ketua Polis Perak tahan sebak umum perkembangan nahas trak FRU

TELUK INTAN – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin dilihat menahan sebak ketika menyampaikan perkembangan terkini insiden menyayat hati yang meragut nyawa 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dalam satu sidang media di Hospital Teluk Intan, hari ini.

Ketika bercakap kepada media, suara Noor Hisam kedengaran hiba sewaktu memaklumkan bahawa penghormatan terakhir terhadap kesemua anggota yang terkorban akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU, Sungai Senam, Ipoh.

\”Jenazah kesemua anggota yang terkorban akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk urusan pengebumian,\” katanya dengan nada yang bergetar, sebelum terhenti seketika untuk menenangkan diri dan membetulkan suara akibat menahan sebak.

Suasana turut bertukar hiba apabila para petugas media yang berada di lokasi turut menunduk kepala dan kelihatan berdukacita dengan insiden tragis tersebut.

Terdahulu, nahas kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam dan melibatkan pertembungan antara sebuah lori membawa muatan batu dan trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Antara yang terkorban dalam kemalangan ngeri itu ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar. Dua lagi nama masih dalam proses pengesahan identiti.

Difahamkan, kesemua anggota terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan tugas kawalan sempena Op Chariot di Teluk Intan, semalam.

BACA JUGA:  PRK DUN Ayer Kuning: Konstabel Azizie teruja \'first time\' undi awal
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...