Selangor pula dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Johor tidak terkecuali dengan amaran yang membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing, manakala cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri-negeri lain yang turut terjejas termasuk, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk berwaspada, menghentikan sebarang aktiviti luar ketika cuaca buruk dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui saluran rasmi mereka. – MYBERITA








