Agong berkenan kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga hakim baharu di Istana Negara, ibu negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara yang dimulakan dengan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng.

Seterusnya, pelantikan dua Hakim Mahkamah Rayuan turut dilakukan iaitu kepada Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Dr. Lim Hock Leng.

Dalam catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, istiadat berkenaan turut disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; serta Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar.

BACA JUGA:  Agong ingatkan graduan UPNM tidak leka dalam arus moden
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...