Tengku Zafrul keluar UMNO, mahu masuk PKR

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian, serta selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah… saya sudah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak 1997 lagi,” katanya.

Tengku Zafrul juga memaklumkan beliau akan mengikuti proses permohonan menyertai PKR seperti biasa.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan dan penyokong dalam UMNO yang telah memberikan sokongan sepanjang penglibatannya dalam parti itu.

\”Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila, Terima kasih,\” tulisnya.

BACA JUGA:  Abang Koroy \'KO\' DMA Islam, bawa pulang RM10,000
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...