Lee Bee jadi jurubahasa berita sendiri, terima pingat Ahli Mangku Negara

KONGSI

KUALA LUMPUR – Tan Lee Bee, jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjadi tular sewaktu pandemik Covid-19 kerana gaya penterjemahannya yang unik dan menarik perhatian ramai, telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam.

Pingat tersebut disampaikan di Istana Negara pada pagi ini, dan menariknya, siaran berita mengenai penganugerahan itu turut menampilkan Lee Bee sebagai jurubahasa isyarat yang menterjemah laporan berkenaan secara langsung di RTM.

TAHNIAH!

ARTIKEL BERKAITAN