Nahas Air India: PM Anwar rakam ucapan takziah buat mangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa dukacita susulan tragedi nahas Penerbangan Air India 171 yang terhempas berhampiran Ahmedabad, India pada Khamis.

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik menerusi akaun Facebook beliau, Anwar menzahirkan simpati dan solidariti kepada seluruh rakyat India yang sedang berdepan saat-saat sukar.

\”Saya amat berduka mendengar tentang tragedi nahas Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India. Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menyampaikan ucapan takziah yang ikhlas kepada keluarga dan insan tersayang semua mangsa. Kita bersedih bersama India dan menyatakan solidariti sepenuhnya ketika usaha menyelamat dan bantuan terus dijalankan. Semoga mangsa dan semua yang berduka diberikan kekuatan,\” katanya.

Tambah beliau, Malaysia berdiri teguh bersama India dan mendoakan agar usaha bantuan dan pemulihan pasukan penyelamat berjalan lancar.

Ucapan tersebut menerima respons positif daripada rakyat Malaysia yang turut menzahirkan doa dan sokongan kepada negara jiran itu.

Setakat ini, laporan awal pihak berkuasa India memaklumkan bahawa sejumlah korban telah disahkan, namun angka rasmi masih belum didedahkan kepada umum. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dengan kerjasama beberapa agensi kecemasan.

BACA JUGA:  Trump, Xi Jinping dijangka hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...