Tiada keperluan tukar kerajaan hanya kerana isu penjualan arak – Shahaniza

KONGSI

MARAN – Ketua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menegaskan bahawa tidak perlu berlaku pertukaran kerajaan semata-mata atas alasan mahu menghadkan penjualan minuman keras, memandangkan Pahang sudah lama melaksanakan penguatkuasaan tersebut berdasarkan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, penjualan arak di negeri itu bukanlah isu baharu yang perlu ditunggu untuk ditangani oleh mana-mana parti termasuk Pas, kerana Pahang telah pun menguatkuasakan kawalan ketat terhadap penjualan arak sejak sekian lama.

“Penjualan arak di Pahang bukan berleluasa. Kita sudah ada kawalan yang jelas – hanya individu bukan Islam dibenarkan membeli, di premis berlesen dan kawasan bukan majoriti Muslim, sebagaimana yang dilaksanakan di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi TikTok malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN