Ariel Fesol korbankan kerjaya penerbangan, kejar impian dalam dunia seni

KUALA LUMPUR – Juara Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol, membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila meninggalkan kerjaya sebagai pramugara demi mengejar impian menjadi penyanyi sepenuh masa.

Ariel, yang juga anggota kumpulan A7PHA, menyifatkan penyertaannya dalam BSA sebagai permulaan baharu dalam perjalanan seninya, dan berharap ia membuka lebih banyak pintu rezeki dalam industri muzik tempatan.

“Saya cuma nak jelaskan di sini, saya tidak mengetepikan kerjaya yang selama ini membantu hidup saya, tetapi saya tinggalkan dunia penerbangan sebab saya cuba untuk capai impian saya,” katanya ketika ditemui MYBERITA selepas dinobatkan juara BSA.

Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat secara semberono, malah dia sentiasa bersyukur dengan segala pengalaman serta rezeki yang diperoleh sepanjang bergelar pramugara.

“Bukan saya tak bersyukur bila saya jadi pramugara, saya bersyukur sahaja sebab itu rezeki saya. Allah masih berikan saya rezeki itu. Macam-macam yang saya dapat. Tapi kalau boleh, saya nak hidup dengan kerja yang saya suka,” luahnya.

Mengulas lanjut, Ariel menyifatkan kemenangan dalam BSA sebagai titik tolak untuk terus mencipta nama bersama kumpulan A7PHA, dan menyeru sokongan berterusan daripada peminat.

“Saya mengharapkan supaya kali ini, bila saya masuk balik dalam industri ini dengan membawa trofi ini sebagai tiket saya, saya harap Alphanite atau mereka yang baru mengenali A7PHA atau saya sendiri, berikan sokongan yang baik. Saya dan ahli kumpulan yang lain semua mempunyai impian dan hasrat yang sama untuk capai impian yang sama,” ujarnya.

Ariel kini bersedia melangkah ke fasa baharu dalam dunia seni dan berharap momentum kemenangannya akan terus memacu kerjaya nyanyiannya ke tahap lebih tinggi.

BACA JUGA:  Noryn Aziz kembali dengan 'single' baharu 'Kaki Kiriku', umum 'showcase' istimewa 19 September
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...