Lama menyepi, Adami Hairi tampil semula dengan lagu baharu

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama menyepi dari radar industri muzik tempatan, penyanyi bersuara lunak, Adami Hairi, kini kembali aktif dan sedang giat mempersiapkan buah tangan terbaharunya untuk para peminat.

Kemunculan semula Adami disedari apabila akaun media sosialnya kembali meriah dengan pelbagai kandungan kreatif yang dimuat naik sejak kebelakangan ini. Menerusi satu perbualan bersama pihak MYBERITA, Adami akhirnya membuka cerita tentang ‘diamnya’ selama ini.

\"2\"

“Saya tak ke mana pun sebenarnya. Saya cuma ambil sedikit masa untuk berehat dan beri ruang kepada diri sendiri untuk fokus pada tugasan kerja di luar bidang nyanyian,” jelas Adami.

Namun, katanya, tempoh rehat tersebut bukan bermaksud dia menjauh sepenuhnya dari dunia muzik. Malah, projek single baharu ini sebenarnya sudah lama dirancang, cuma baru sekarang semuanya diberi lampu hijau untuk diteruskan.

“Saya tunggu waktu yang betul-betul sesuai. Bila semuanya sudah tersedia – dari segi masa, tenaga, dan perancangan – baru saya teruskan,” tambahnya dengan nada optimis.

Lebih menarik, Adami turut berkongsi bahawa lagu baharunya kali ini bakal hadir dengan kelainan tersendiri, termasuk bekerjasama dengan komposer hebat yang cukup dikenali dalam industri.

“Kita cuba tampilkan sesuatu yang berbeza, dari segi susunan muzik dan juga cerita dalam lagu. Harapnya dapat beri nafas baru untuk perjalanan muzik saya,” ujar Adami lagi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, Adami juga dilihat sibuk di set penggambaran muzik video single tersebut yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Mengakhiri perbualan, Adami meluahkan harapan agar karya terbarunya nanti dapat menyentuh hati para pendengar.

“Doakan yang baik-baik. Saya harap lagu ini bukan sekadar karya peribadi saya, tapi juga sesuatu yang dapat dinikmati dan dihayati oleh semua.”

BACA JUGA:  Syameer Azmi umum bakal timang cahaya mata sulung
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...