Amsyar kena kecam, netizen kata lagu Bukan Lagi Kita hanya untuk perempuan sahaja

KUALA LUMPUR – Lagu Bukan Lagi Kita nyanyian asal Nadeera Zaini yang tular kerana kelunakan vokal dan emosi mendalam kini menjadi bahan perdebatan netizen selepas versi nyanyian oleh penyanyi lelaki, Amsyar Leee, tersebar di media sosial.

Persembahan Amsyar di program Sing!Asia menarik perhatian ramai apabila beliau mencuba untuk menyampaikan lagu itu dengan menggunakan nada suara lelaki, sebelum menukar ke falsetto untuk menyesuaikan rentak lagu yang dicipta khas untuk vokal wanita.

@sahabatamsyarleee Bukan Lagi Kita #amsyarleee #singasia #亚洲新声 #iqiyi #nadeera #bukanlagikita ♬ suara asli – Sahabat Amsyarleee

Namun, usaha berani itu tidak sepenuhnya membuahkan hasil apabila sebahagian netizen berpendapat penukaran register suara Amsyar tidak begitu kemas dan mencacatkan emosi lagu.

\”Part tukar suara tu macam tiba-tiba je, tak smooth… hilang feel lagu,\” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

\”Lagu ni memang susah nak nyanyi kalau lelaki yang bawa. Dah terlalu sinonim dengan suara Nadeera yang penuh emosi,\” kata seorang lagi netizen.

Malah, ada yang menyarankan lagu ini dikekalkan sebagai lagu wanita kerana susunan melodi dan dinamik vokal yang sukar untuk dinyanyikan oleh lelaki tanpa mengubah struktur asal.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji keberanian Amsyar mencuba sesuatu yang mencabar walaupun terdapat kekurangan dalam teknik penyampaian.

\”Kita patut raikan keberanian dia bawakan lagu ni live. Tak semua lelaki boleh tarik part tinggi tu,\” ujar seorang penonton lain yang lebih positif.

Lagu Bukan Lagi Kita yang melonjakkan nama Nadeera selepas kemenangannya dalam sebuah pertandingan nyanyian, memang dikenali dengan lenggok melodi kompleks serta kawalan vokal yang tinggi, menjadikannya antara lagu yang dianggap “berhantu” oleh peminat muzik tempatan.

BACA JUGA:  KPM nafi dakwaan gred A dan A- tidak layak masuk matrikulasi secara automatik

Perbincangan hangat ini membuka ruang kepada perdebatan lebih luas tentang cabaran penyanyi lelaki yang cuba membawa lagu balada wanita, terutama yang sangat bergantung kepada teknik suara kepala (head voice) dan vokal emosi.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Dunia seni tanah air dikejutkan dengan...

Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir minggu ketiga TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan seni penyanyi muda, Althea bersama...

Jangan sekadar statistik, pendidikan perlu ada hasil – Zambry

KUALA LUMPUR - Kongres Pendidikan Bumiputera tampil dengan pendekatan...

Agong, Raja Permaisuri seru kebajikan pekerja terus diperkasa

KUALA LUMPUR - Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah...

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...