Lelaki cedera ditembak ketika tunggu anak di hadapan sekolah

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali ketika sedang menunggu anaknya tamat persekolahan di hadapan sebuah sekolah di Sungai Nyior, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang, mangsa berada di dalam keretanya apabila suspek datang dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin tempat duduk pemandu, sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, kejadian tersebut dirakam oleh orang awam dan kini tular di media sosial, mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat, terutama ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka di kawasan sama.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta identiti penyerang.

Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik maklumat lengkap diperoleh. Kes disiasat sebagai kejadian tembakan dan cubaan membunuh.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan.

BACA JUGA:  Kerajaan beri amaran elak gangguan keselamatan sepanjang lawatan pemimpin asing
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...