Turut serta dalam sesi tersebut ialah Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan), Datuk Asman Shah Abd. Rahman; serta Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.
Pertemuan tersebut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan pentadbiran negeri Johor dan kesejahteraan rakyatnya. Ia juga memberi ruang untuk perbincangan mengenai pelbagai isu dan inisiatif pembangunan negeri secara lebih dekat.
Sultan Ibrahim yang terkenal dengan kepekaan terhadap kebajikan rakyat baginda, sentiasa menekankan kepentingan kerjasama erat antara institusi diraja dan kerajaan negeri demi kemajuan Johor. – MYBERITA








