Amir Raja Lawak tuntut bayaran RM18,000 demi rawat bapa sakit

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Amir Raja Lawak meluahkan rasa kecewa dengan sikap sebuah stesen televisyen tempatan kerana masih belum melangsaikan tunggakan bayaran sebanyak RM18,000 sejak tiga tahun lalu.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, berkata beliau terpaksa mendesak pihak berkenaan bagi menuntut haknya yang sudah lama tertangguh, demi menampung kos rawatan bapanya yang sedang berdepan penyakit kanser usus.

“Saya tak minta pinjam duit, saya cuma tuntut duit dan hak saya. Ini adalah ikhtiar kami sekeluarga untuk rawat abah. Tak perlu saya jelaskan panjang lebar, semua orang tahu penderitaan pesakit kanser usus,” katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya semalam.

Amir turut memuat naik gambar bersama bapanya yang kini bergantung kepada kerusi roda, sekaligus menzahirkan situasi keluarga mereka yang sedang dalam kesempitan kewangan.

Menurut Amir, selepas hantaran awalnya tular, wakil daripada pihak pengurusan stesen televisyen terbabit telah menghubunginya dan menawarkan bayaran ansuran sebanyak RM3,000. Namun beliau menolak tawaran tersebut kerana hanya mahu bayaran penuh tanpa sebarang potongan atau penangguhan.

“Sebelum ini mereka pernah bayar RM5,000 pada awal tahun lepas, tapi selepas itu langsung tiada bayaran susulan. Sekarang mereka nak bayar RM3,000 selepas saya viralkan, tapi saya tak mahu sebab ini kecemasan,” katanya tegas.

Amir juga turut mendedahkan bahawa beliau terpaksa menjual kereta jenis Proton Juara miliknya kerana terlalu lama menunggu bayaran tertangguh tersebut.

Wang yang dituntut Amir adalah sebagai bayaran penuh pembabitannya dalam sebuah program televisyen yang diterbitkan stesen berkenaan. Beliau turut menyeru agar pihak terbabit bertanggungjawab dan segera menyelesaikan tunggakan tersebut demi membantu keluarga yang kini bergelut untuk merawat insan tersayang.

BACA JUGA:  Seni tak wajar hukum masa lalu pelakon - Erma Fatima

 

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...