Impian B-23 Malaysia tercalar, tewas mengejut 0-2 kepada Filipina

JAKARTA â€“ Impian skuad bawah 23 (B-23) negara untuk membuka kempen Piala ASEAN B-23 2025 dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila tewas mengejut 0-2 kepada Filipina dalam aksi sulung Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Skuad muda Harimau Malaya kendalian Nafuzi Zain turun dengan barisan terkuat yang menampilkan gandingan serangan terdiri daripada Fergus Tierney, Aliff Izwan Yuslan dan Haqimi Azim Rosli.

Namun, Filipina yang majoritinya diwakili pemain bertaraf universiti mencipta kejutan apabila mendahului seawal minit kesembilan menerusi jaringan Otu Bisong hasil serangan balas pantas yang memerangkap pertahanan negara.

Bisong sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila meledak gol kedua sebelum tamat separuh masa pertama selepas menerima lorongan sempurna dalam situasi satu lawan satu, berpunca daripada kelalaian benteng pertahanan Malaysia.

Bersambung babak kedua, skuad negara cuba bangkit dengan beberapa siri serangan, namun ketumpulan penyudah serta kekebalan benteng pertahanan Filipina menggagalkan segala usaha hingga wisel penamat ditiupkan.

Kekalahan ini menyulitkan laluan skuad negara untuk mara ke separuh akhir, memandangkan hanya juara kumpulan dan satu naib juara terbaik dari tiga kumpulan akan layak secara automatik.

Skuad B-23 negara akan berdepan Brunei pada aksi kedua, Jumaat ini, sebelum mengharungi perlawanan penentuan menentang tuan rumah, Indonesia pada 21 Julai nanti di lokasi sama.

BACA JUGA:  Ribut Tropika Senyar bermula tengah malam ini, negeri banjir hadapi situasi kritikal
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...