Pelajar 18 tahun maut, motosikal terbabas hilang kawalan

KONGSI

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.25 pagi.

Mangsa, Muhammad Syazwan Haniff Abdul Halim, 18, yang berasal dari Batu Buruk dan merupakan seorang pelajar, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN