Video palsu guna imej Agong tular di TikTok, PDRM buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu video tular berdurasi 32 saat yang dipercayai dimanipulasi bagi tujuan penipuan kewangan dengan menggunakan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd. Isa, video terbabit dikesan di platform media sosial TikTok.

“Kandungan video tersebut memaparkan seolah-olah Yang di-Pertuan Agong memberikan ucapan menawarkan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia, dan menggesa individu yang mengalami masalah kewangan supaya menghubungi seseorang bernama Datuk Zulkarnain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kandungan video itu adalah palsu dan dipercayai telah dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Jelasnya, satu laporan polis telah dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan kandungan video berkenaan dan tidak menghubungi individu yang dinyatakan dalam video kerana ia adalah cubaan penipuan,” tegasnya.

Tambah beliau, PDRM komited untuk membanteras jenayah siber dan akan terus memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menggunakan teknologi untuk menipu orang awam.

BACA JUGA:  Jualan biskut raya penjara cecah RM1 Juta
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...