“Berbaloi jual jeruk, dapat jet!”, Aliff Syukri miliki pesawat peribadi pertama?

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi dan pempengaruh media sosial, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil jualan jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Perkongsian mengejutkan itu dimuat naik menerusi sepotong video di Instagram miliknya semalam, yang memperlihatkan Aliff, 38, bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam dengan penuh keterujaan.

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulis penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu dalam kapsyen video berdurasi hampir seminit berkenaan.

Dalam rakaman itu, Aliff dan Ammar dilihat melakukan lawatan ringkas ke dalam jet terbabit sambil menunjukkan beberapa kemudahan mewah yang terdapat di dalam pesawat tersebut.

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” katanya dengan nada gembira.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang kagum, tidak kurang juga yang mempersoalkan kesahihan pemilikan pesawat berkenaan.

Sebelum ini, Aliff pernah menafikan dakwaan bahawa nombor plat mewah pada kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire miliknya mencecah ratusan ribu ringgit dengan alasan tidak mahu diburu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi atau bukti transaksi dikongsi Aliff berhubung pembelian jet peribadi tersebut. Menurut carian di internet, model pesawat jenis Cessna 172 – yang merupakan antara model pesawat ringan paling popular di dunia – dianggarkan berharga sekitar RM1.6 juta untuk unit baharu.

BACA JUGA:  Lelaki maut dalam perjalanan ke rumah isteri
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...