“Saya anggap ia berita yang kurang baik (tarik diri dari Piala CAFA 2025), tetapi pada masa sama pengurusan sudah melakukan yang terbaik. Kami ada tugasan untuk kelayakan Piala Asia, dan saya fikir ia perkara paling penting buat kami,” katanya.
Tambahnya, aksi antarabangsa pada jendela FIFA bulan September nanti perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai medan pemanas badan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung Oktober dan November ini.
“Saya fikir September adalah medan terbaik untuk kami melakukan persediaan untuk Oktober (menentang Laos), kerana kami mahu mara ke Arab Saudi bagi pusingan akhir.
“Saya percaya pengurusan akan buat keputusan yang betul dan kita perlu percaya mereka akan buat keputusan tepat. Saya tidak mahu panik mengenai perkara itu, hanya kekal bersama pasukan,” ujarnya.
Terdahulu, MYBERITA melaporkan bahawa Harimau Malaya membuat keputusan menarik diri daripada Piala CAFA 2025 atas faktor logistik dan pertindihan tarikh perlawanan dengan kalendar FIFA.
Keputusan itu menyebabkan tempoh aksi antarabangsa dari 1 hingga 9 September kekal kosong, sekali gus mendorong FAM untuk segera merangka perlawanan persahabatan berstatus antarabangsa bagi memastikan skuad negara kekal kompetitif. – MYBERITA








