Impak Maksima 2 raih RM1 juta dalam 4 hari tayang

KUALA LUMPUR – Selepas hanya empat hari ditayangkan di pawagam, filem aksi tempatan Impak Maksima 2 arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya mengutip sebanyak RM1 juta, sekaligus memberi petanda positif terhadap kebangkitan semula industri filem tempatan.

Menurut Ahmad Idham, kejayaan ini amat bermakna memandangkan filem tersebut dibarisi pelakon baharu dan berpengalaman, serta ditayangkan dalam suasana industri yang masih mencabar.

\”Dalam keadaan sekarang, mencapai kutipan RM1 juta adalah sesuatu yang menunjukkan kebangkitan. Ini langkah yang sangat positif,\” katanya

\”Kita ambil risiko tayang pada bulan Julai, dan Alhamdulillah, kutipan awal sangat memberangsangkan. Yang penting, filem ini berjaya menarik penonton ke pawagam. Saya dah cukup bersyukur,\” tambahnya.

Ahmad Idham turut menjelaskan bahawa beliau tidak menetapkan sasaran kutipan khusus untuk filem ini. Namun, baginya, lebih penting ialah impak dan semangat yang dibawa kepada industri filem negara.

\”Saya buat sesuatu yang orang lain tak buat. Ini tentang ambil risiko dengan perancangan yang rapi dari aspek pengurusan bajet hingga ke strategi tayangan.

\”Saya harap ia beri semangat kepada rakan-rakan seangkatan yang mungkin sudah lama menyepi, bahawa \’comeback\’ dalam industri ini bukanlah sesuatu yang mustahil,\” katanya.

Impak Maksima 2 merupakan kesinambungan kepada filem asal yang diterbitkan 18 tahun lalu, yang mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak RM2 juta pada tahun 2007.

Filem kali ini menampilkan gandingan Nelissa Nizam, Aydeel Idham, Arfie Shah serta pelakon berpengalaman seperti Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Fad Bocey dan ramai lagi.

BACA JUGA:  Selebriti terkenal akan didakwa Selasa ini atas kes amang seksual terhadap remaja
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...