Wanita mengamuk ‘tak sempat’ masuk konsert G-Dragon

KONGSI

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita dipercayai warga asing yang cuba membuka pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil secara agresif menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok milik @Itsnotkamelia, wanita itu bertindak demikian kerana pintu stadium yang menjadi lokasi penganjuran konsert bintang K-pop, G-Dragon ditutup disebabkan melebihi waktu yang ditetapkan.

Wanita tersebut dilaporkan mula menjerit kepada pihak pengurusan dan mengamuk kerana disekat daripada memasuki stadium.

ARTIKEL BERKAITAN