Harga RON95 turun RM1.99 seliter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bakal menikmati penurunan harga bahan api apabila harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter, berbanding RM2.05 seliter sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung sempena pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan kekal komited terhadap pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95, dengan perincian penuh akan dimaklumkan menjelang akhir September 2025.

“Harga RON95 yang lebih rendah itu tentunya memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu dan penunggang motosikal, termasuk golongan belia seawal usia 16 tahun serta pekerja gig,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa subsidi tidak akan diberikan kepada golongan yang tidak layak seperti warga asing, yang perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi.

“Pendekatan bersasar ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengoptimumkan sumber negara demi kesejahteraan rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.”

Tambahnya, kerajaan membelanjakan hampir RM20 bilion setahun untuk subsidi RON95 pada tahun 2023 dan 2024.

“Sungguh pun tahun ini harga minyak dunia mencatatkan sedikit penurunan, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih berada pada sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi yang dinikmati rakyat,” katanya lagi.

BACA JUGA:  PM Anwar zahir ucapan tahniah kejayaan cemerlang Tunku Abdul Rahman
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...