Thailand sedia jalankan rundingan konflik diantara Kemboja dengan bantuan Malaysia

BANGKOK – Thailand menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan konflik sempadan berdarah dengan Kemboja, dengan Malaysia berperanan sebagai pengantara.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura berkata, Bangkok terbuka kepada sebarang bentuk penyelesaian diplomatik termasuk melalui penglibatan Malaysia dalam proses rundingan.

“Kami bersedia, jika Kemboja ingin menyelesaikan perkara ini melalui saluran diplomatik, secara dua hala, ataupun melalui Malaysia sebagai orang tengah. Namun, setakat ini kami belum menerima sebarang maklum balas,” katanya kepada AFP hari ini.

Pertempuran di sempadan kedua-dua negara itu kini menjadi yang paling sengit dalam lebih sedekad, melibatkan artileri dan pergerakan tentera darat di beberapa kawasan sepanjang kira-kira 800 kilometer.

Krisis tersebut dijangka dibentangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat hari ini, dengan beberapa kuasa besar antarabangsa menyeru kepada gencatan senjata dan rundingan damai.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, turut memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan serantau itu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan Facebook malam tadi memaklumkan beliau telah menghubungi Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Anwar menyeru kedua-dua pihak menghentikan pertempuran dan memilih jalan diplomatik sebagai penyelesaian.

“Saya mengalu-alukan isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan oleh Bangkok dan Phnom Penh untuk mempertimbangkan jalan ke hadapan ini,” katanya.

Tambah Nikorndej, perbualan telefon bersama Anwar adalah usaha awal untuk meneroka kemungkinan mengadakan rundingan serta meredakan ketegangan.

Namun begitu, situasi di lapangan masih tegang apabila kedua-dua pihak saling membalas serangan artileri untuk hari kedua berturut-turut.

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham turut memberi amaran bahawa konflik ini berisiko bertukar menjadi peperangan jika tiada langkah diplomatik segera diambil.

BACA JUGA:  Warga kota pulang, trafik makin sesak
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...