30 pelajar kolej vokasional teroka dunia penyiaran menerusi \’Speak The Fact Up!\’ di IPPTAR

KUALA LUMPUR – Seramai 30 pelajar dari Kolej Vokasional (ERT) Setapak menyertai program “Speak The Fact Up!” anjuran mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, yang berlangsung penuh meriah di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur.

Bertemakan “Raise Your Voice, Spill the Facts”, program di bawah inisiatif Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM) ini bertujuan memupuk keberanian pelajar dalam menyuarakan pandangan secara berfakta, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.

\"\"

Menariknya, seluruh pengurusan program ini digerakkan sepenuhnya oleh para mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam yang bertindak sebagai fasilitator, urus setia serta penganjur utama selain menjadikan ia satu platform dua hala yang memberi manfaat kepada pelajar sekolah dan mahasiswa universiti.

Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang program seperti sesi suai kenal, Explorace bertemakan kebebasan bersuara, serta permainan interaktif yang dirangka bagi mengasah keyakinan diri, daya fikir kritis dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Program ini juga bersempena Hari Terbuka IPPTAR, sekaligus memberikan pendedahan langsung kepada dunia penyiaran dan komunikasi. Para peserta turut berpeluang menyertai sesi khas bersama personaliti jemputan seperti influencer terkenal, Zack Kirana Ibrahim, dan Pengarah IPPTAR, YBrs. Encik Roslan bin Ariffin.

\"\"

Lebih istimewa, kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang menyampaikan amanat kepada para peserta turut menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berani bersuara demi kebaikan bersama.

Dalam sesi perkongsiannya, Zack Kirana menekankan bahawa suara anak muda adalah suara yang penting, namun perlu disalurkan dengan cara yang bertanggungjawab dan berteraskan fakta.

“Keberanian untuk bersuara mesti disertai dengan ilmu, intelek dan pengalaman – bukan sekadar suara kosong tanpa nilai,” ujarnya.

Secara keseluruhan, “Speak The Fact Up!” membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar generasi kini mampu menjadi agen perubahan yang berani, berilmu dan berimpak kepada masyarakat sekeliling.

BACA JUGA:  Naim Daniel syukur masih mampu berkarya walau berdepan pendakwaan
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...