Bayi lelaki masih bernyawa ditemui dalam bungkusan kain batik

PASIR PUTEH – Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibungkus dengan kain batik dan ditinggalkan di sebuah pondok bas di Jalan Lama Kulim menghala ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, tengah hari tadi.

Bayi yang cukup sifat dan sempurna itu dijumpai kira-kira pukul 1 petang oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati bayi itu dibalut dengan sehelai kain pelikat dan ditinggalkan di atas lantai pondok bas. Bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau individu yang bertanggungjawab agar tampil membantu siasatan dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh atau menghubungi talian Hotline IPD di 09-786 2005.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Zaizul Rizal turut mengingatkan orang ramai bahawa tindakan membuang bayi bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya terdapat saluran dan bantuan yang boleh diusahakan bagi memastikan kebajikan bayi dan ibu terus terpelihara.

BACA JUGA:  Kes Buli MRSM: Lima pelajar sudah dirakam keterangan, dua lagi menyusul
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...