Piala Sumbangsih: Selangor FC sedia gugat dominasi JDT

ISKANDAR PUTERI – Meskipun Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki rekod cemerlang dalam Piala Sumbangsih sejak 2018, semangat Selangor FC tidak goyah dalam usaha mencipta kejutan pada edisi tahun ini.

Kapten Gergasi Merah, Nooa Laine, menegaskan bahawa fokus utama pasukannya adalah kekuatan dalaman serta persefahaman antara pemain, termasuk kehadiran muka baharu musim ini.

“Kita sedia maklum kekuatan dimiliki JDT yang dibarisi ramai pemain berkualiti, tambahan pula mereka cukup bertenaga apabila beraksi di laman sendiri.

“Bagaimanapun, pasukan kita juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran beberapa muka baharu. Harap mereka dapat menyesuaikan diri dan memberi nilai tambah buat pasukan,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis.

Laine optimis bahawa barisan pemain import yang baru dibawa masuk mampu memperkukuh kekuatan Selangor untuk memberikan tentangan sengit kepada juara bertahan itu.

Mengulas tentang pemain warisan dan import baharu JDT seperti Hector Hevel, Joao Figueredo, Jon Irazabal dan Nacho Mendez, Laine mengakui mereka memiliki kualiti tinggi hasil pengalaman di pentas Eropah.

“Saya pernah bersama mereka ketika di kem Harimau Malaya dan kualiti yang dimiliki mereka cukup baik. Ini juga satu kelebihan buat kami untuk mengenal pasti corak permainan mereka serta menyekat pergerakan masing-masing,” jelasnya.

Perlawanan Piala Sumbangsih dijangka berlangsung sengit, dengan Selangor FC berazam untuk memadam dominasi tujuh tahun berturut-turut JDT dan mencipta lembaran baharu dalam sejarah kejuaraan tersebut.

BACA JUGA:  \"Socks & Roll\" bolot Anugerah Projek Terbaik kedua VISCOM 24
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...