14 rumah musnah, mangsa kebakaran Pantai Dalam pindah ke PPR

KUALA LUMPUR – Mangsa kebakaran di Pantai Dalam akan dipindahkan sementara ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan bagi memastikan mereka mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil bagi menggantikan penempatan sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama Al-Khwarizmi, sementara menunggu pembinaan semula atau sehingga mereka memperoleh kediaman baharu.

“Saya akan adakan pertemuan dengan DBKL dan pihak-pihak berkaitan secepat mungkin untuk kenal pasti PPR yang sesuai bagi menempatkan keluarga terkesan.

“Insya-Allah kita sasarkan pemindahan boleh dibuat seawal minggu depan,” katanya ketika melawat mangsa di PPS berkenaan, hari ini.

Menurut Fahmi, seramai 66 mangsa daripada 17 keluarga kini berlindung di PPS selepas 14 unit rumah mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Beliau memaklumkan, struktur premis dan rumah yang terbakar disahkan tidak selamat dan perlu dirobohkan sebelum pembangunan semula dapat dijalankan.

Katanya, DBKL akan menyelaras bantuan berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis, selain mempertimbangkan bantuan kecemasan serta kewangan kepada mangsa.

BACA JUGA:  DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras 'ulat foto'
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...