Renjer taman berjaya merakam gambar ketam tersebut yang berukuran kurang daripada satu inci lebar pada cengkerangnya serta menurut Popular Science, spesies ini pertama kali direkodkan pada tahun 1986 di Taman Negara Air Terjun Ngao.
Ketam panda sering digunakan oleh pakar pemuliharaan sebagai penunjuk kestabilan alam sekitar, penemuan ini menyerlahkan kekayaan biodiversiti Kaeng Krachan, yang turut menjadi habitat harimau bintang, gajah dan ular tedung raja.
Pihak pengurusan taman berkata, penemuan ini mengukuhkan kepentingan memelihara habitat semula jadi yang menyokong spesies unik dan sukar ditemui.
Kehadiran ketam ini juga menjadi isyarat bahawa haiwan kecil dan tersembunyi mampu memberi petunjuk kepada tahap kesihatan ekosistem secara keseluruhan.
“Penemuan ini dianggap sebagai hadiah berharga daripada alam semula jadi,” menurut kenyataan di Facebook rasmi taman tersebut.
“Kemunculan ketam Puteri bukan sahaja jarang berlaku, malah menjadi indikator penting kepada kesihatan ekosistem,” tambah kenyataan itu lagi.
Kemunculan ketam ‘diraja’ tersebut mengingatkan orang ramai akan nilai hutan warisan dunia yang harus dipelihara bersama.
Pada awal Ogos, pihak berkuasa turut menemui seekor ketam panda dengan variasi warna hitam-putih yang lebih lazim.
Pada tahun 2023, seorang nelayan udang karang yang juga personaliti TikTok, Jacob Knowles, pernah tular selepas menemui krustasea yang sangat jarang ditemui kerana mempunyai ciri fizikal kedua-dua jantina. – MYBERITA








