Rafizi nafi kaitkan Ismail Sabri, KJ dalam kes serangan anaknya

KONGSI

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan sekeras-kerasnya pembabitan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin dalam insiden serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, 13 Ogos lalu.

Rafizi menyifatkan tuduhan yang mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan itu sebagai satu cubaan jahat untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

“Selepas kenyataan saya mengenai skandal yang sedang diteliti, tiba-tiba muncul tuduhan kononnya ia membabitkan Ismail Sabri, kemudian Khairy. Semua ini adalah usaha untuk mengalih perhatian. Lagi banyak cerita palsu disebarkan, lebih ramai akan membuat kesimpulan ia memang cubaan menutup isu sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN