Peserta RXZ cedera parah, kaki kiri putus digilis lori

PEKAN – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ berdepan detik ngeri apabila kaki kirinya putus selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Pekan–Nenasi–Rompin, pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirulnizam Sarimon, 26, yang menunggang motosikal Yamaha RX-Z dari arah Kahang Timur menuju ke Terengganu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa yang bekerja di sebuah ladang sawit terjatuh ke atas jalan sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan.

“Akibat impak kemalangan, mangsa putus kaki kiri, patah ibu jari kanan serta mengalami kecederaan pada bahagian perut. Dia segera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa ketika menunggang motosikal.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: KPT sedia salur bantuan kepada mangsa nahas
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...