Suami meraung tengok isteri maut digilis treler, anak cedera

KONGSI

KLANG – Suasana pilu menyelubungi Jalan Pelabuhan Barat apabila seorang lelaki meraung kesedihan selepas isterinya maut digilis treler dalam kemalangan berhampiran arah Pulau Indah menghala ke Klang, pada Rabu.

Rakaman insiden berdurasi beberapa minit yang tular di media sosial itu memperlihatkan mangsa cuba melindungi anak perempuannya sebelum terjatuh bersama motosikal dinaiki tiga beranak tersebut dan suami mangsa yang cemas kemudian dilihat berusaha menarik jasad isterinya selepas tragedi itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari melibatkan sebuah motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggang suami mangsa berusia 40 tahun, bersama isteri dan anak perempuan mereka berusia 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN