Agong kurnia watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dalam satu majlis rasmi di Istana Negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, antara ketua perwakilan yang menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman; serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Datuk Yubazlan Yusof.

Turut dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Brazil, Datuk Mohammad Ali Selamat; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Mohamad Razdan Jamil; Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Haznah Md Hashim; dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Datuk Azri Mat Yacob.

Berangkat sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohd Zin; serta Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia.

Mereka ialah Duta Besar Mesir, Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek; Duta Besar Jerman, Silke Riecken-Daerr; Duta Besar Brazil, Daniella Ortega de Paiva Menezes; dan Duta Besar Austria, Gerhad Eisl.

Turut menyerahkan watikah pelantikan masing-masing ialah Duta Besar Ukraine, Hennadii Nadolenko; Duta Besar Norway, Marianne Fosland; serta Duta Besar Itali, Raffaele Langella.

BACA JUGA:  Agong nasihat umat Islam waspada ajaran sesat
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...