“Larangan ini adalah sebahagian daripada langkah keselamatan standard yang dikenakan kepada semua pengunjung. Kami ingin menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pendirian politik,” kata kenyataan itu.
Menurut pengurusan Suria KLCC, keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan, dan pihaknya menghargai kerjasama serta pemahaman orang ramai dalam usaha mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan aktivis politik Tian Chua bertengkar dengan pengawal keselamatan di pusat beli-belah berkenaan.
Dalam video tersebut, kedengaran suara mendakwa beliau dilayan tidak adil kerana membawa tiang bendera dengan bendera Palestin ke dalam premis. – MYBERITA








