Lelaki jatuh lepas skuter elektrik dirempuh motosikal di lintasan zebra

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menunggang skuter elektrik terjatuh selepas dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian di lintasan zebra di ibu kota, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video dimuat naik pengguna TikTok, Aiman Lacoste, mangsa dilihat sedang melintas jalan menggunakan skuter elektrik berkenaan. Namun pada masa sama, laluan itu turut dilalui sekumpulan motosikal dari arah bertentangan sebelum salah seorang penunggang melanggar mangsa.

Akibat pertembungan itu, lelaki terbabit tercampak ke atas jalan manakala skuter elektriknya terpelanting ke hadapan. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi. Ada yang menyebelahi penunggang motosikal, ada pula yang menegaskan kedua-dua pihak wajar lebih berhati-hati.

“Lawanlah macam mana pun, skuter itu tetap salah sebab jalan raya tak boleh naik benda tu,” tulis seorang pengguna bernama Irwan.

“Memang salah skuter tu tapi sekurang-kurangnya motor tu dah nampak ada orang nak lintas, tak salah pun kalau perlahan kan?,” soal Misha.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Amm, berpendapat kedua-duanya turut cuai. “Dua-dua ada kesalahan sendiri tapi kalau boleh elak kemalangan sepatutnya elaklah,” katanya.

Setakat ini, video insiden tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Untuk rekod, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya adalah dilarang bermula 1 Januari 2021. Menurut peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, penunggang skuter elektrik yang didapati menunggang di atas jalan raya boleh dikenakan denda RM300 bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan seterusnya, denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan boleh dikenakan.

BACA JUGA:  Van sekolah terbalik lepas langgar lubang \'manhole\', 16 pelajar, enam murid cedera
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...