Lapan ditahan insiden Kampung Sungai Baru bakal didakwa

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan siasatan berhubung insiden kekecohan dan kejadian baling objek yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman semasa operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu telah diselesaikan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) petang ini selepas ia dikembalikan dengan beberapa arahan tambahan.

Beliau menjelaskan, pihak polis turut mencadangkan pertuduhan terhadap semua individu yang ditahan sebelum ini.

“Secara keseluruhan, seramai lapan individu ditahan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman. Kertas siasatan akan dikemukakan semula kepada TPR pada jam 3.30 petang,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat ini.

Siasatan polis mendapati kes terbabit melibatkan perbuatan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan Sulizmie Affendy.

Ada antara suspek yang ditahan turut mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk terlibat dalam rusuhan.

Pada 13 September lalu, Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad turut ditahan polis berhubung insiden sama untuk siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Seksyen 186 memperuntukkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 353 berkaitan penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam, manakala Seksyen 324 pula melibatkan kesalahan menyebabkan cedera menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Insiden itu berlaku ketika operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru dijalankan susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur bangunan.

Operasi tersebut diketuai oleh bailif mahkamah bersama beberapa agensi berkaitan susulan projek pembangunan semula kawasan berkenaan yang telah bermula sejak 2016, melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri.

BACA JUGA:  Raih RM6,400 seminggu, pasangan anak empat dicekup jual video lucah & tawaran \'seks online\'

Setakat ini, seramai 67 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan, termasuk 52 saksi polis, empat pengadu, tiga pegawai mahkamah, dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang peguam, wakil penduduk, seorang pengarah syarikat serta seorang wanita penjaga kepada salah seorang yang ditangkap.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...