Farah Ann dilantik Ketua Kontinjen Sukan Belia Asia 2025

KONGSI

KUALA LUMPUR – Bekas gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Belia Asia edisi ketiga yang dijadual berlangsung di Manama, Bahrain, dari 22 hingga 31 Oktober depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai usaha memberi peluang kepada pemimpin muda berpengalaman luas di pentas antarabangsa untuk membimbing barisan atlet belia negara.

“Farah Ann yang berusia 31 tahun pernah mencipta pelbagai kejayaan dalam arena gimnastik artistik tanah air sepanjang lebih sedekad bergelar atlet. Bermula sebagai gimnas remaja, beliau kemudian muncul antara atlet paling disegani di rantau Asia Tenggara,” kata MOM.

ARTIKEL BERKAITAN