Kos sewa rumah Janna Nick di London cecah RM22,000 sebulan

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti popular, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, kini menetap di sebuah kediaman lengkap berperabot di London dengan kadar sewa mencecah RM22,690 sebulan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata mereka akhirnya gembira apabila berjaya mendapatkan kediaman idaman, terutama buat suaminya yang sudah lama menginginkan rumah tersebut.

“Hari ini pindah rumah. Rasa tak sabar dan gembira. Ini juga kediaman idaman Dini. Selamat datang ke rumah kami,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik, rumah sewa mereka terletak kira-kira 200 meter dari unit Airbnb yang pernah dijadikan penginapan sementara sejak tiba di London.

“Ini Airbnb yang kami sudah tinggal selama dua minggu dan di sana rumah sewa kami. Terima kasih kepada tuan rumah, Dino yang tolong angkat beg,” jelasnya.

Rakaman tersebut turut memperlihatkan Dini mengangkat bagasi ke tingkat satu kediaman, sekali gus menyerlahkan sikap penyayang dan melindungi isterinya apabila tidak membenarkan Janna mengangkat barang berat.

Hasil semakan mendapati kediaman pilihan pasangan ini dilengkapi dua bilik tidur, dua bilik air, sebuah dapur moden dengan peti sejuk serta mesin basuh, selain kabinet teratur.

Sebelum ini, pasangan itu meninjau beberapa premis kediaman termasuk berhampiran pusat pengajian pilihan Janna, memandangkan mereka akan menetap sementara di United Kingdom bagi menyambung pelajaran.

Menurut Janna, proses menyewa rumah di negara tersebut tidak semudah yang disangka kerana perlu mematuhi beberapa syarat ketat.

Mengikut kadar semasa, sewa kediaman di kawasan terbabit dianggarkan sekitar RM15,000 hingga RM20,000 sebulan bergantung pada lokasi dan kemudahan.

Terdahulu, pemilik Janna Nick Studios itu mengumumkan dia dan suami akan berpindah ke luar negara bagi tujuan pengajian serta kerjaya.

BACA JUGA:  Lelaki maut, motosikal rempuh pokok tumbang
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...