Namun, siapa sangka kunjungan singkat itu membawa kepada terbongkarnya rahsia suami yang didakwa bersama wanita muda kelahiran 2003.
Tidak berdiam diri, si isteri dilihat bersemuka dengan pasangan terbabit di kawasan food court, sehingga berlaku pertengkaran kecil. Kejadian kemudian berlarutan sehingga ke kawasan parkir pusat membeli-belah tersebut.
Menurut pengakuan wanita itu, suaminya bukan pertama kali berlaku curang, malah pernah beberapa kali bertukar pasangan.
Malah, pasangan berkenaan juga pernah bercerai pada tahun 2021, namun kembali rujuk kerana masih menyimpan perasaan sayang.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si suami didakwa semakin jarang pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja.
Penemuan terbaharu itu membuatkan wanita berkenaan mengakui dirinya sudah ‘penat’, lebih-lebih lagi ketika dia sedang berjuang melawan penyakit barah. – MYBERITA








