“Pengadu dimaklumkan mengenai video tersebut oleh seorang guru disiplin kira-kira pukul 11 pagi, hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan laporan itu, polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah berkenaan berusia antara 15 hingga 17 tahun sekitar pukul 9.30 malam, hari sama, bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki terlibat dalam aktiviti seks termasuk secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos lalu. Kejadian dipercayai berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” jelasnya.
Ahmad Salimi berkata, semua suspek direman selama lima hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan, manakala enam telefon bimbit turut dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen berkaitan pornografi kanak-kanak,” katanya. – MYBERITA








