PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sempena Deepavali, cuti sekolah

KONGSI

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik ketara dengan kira-kira 2.2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada 17, 18 dan 21 Oktober ini, sempena sambutan Deepavali serta cuti sekolah tambahan yang diumumkan kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PLUS memaklumkan pihaknya telah bersiap sedia menghadapi lonjakan trafik tersebut dengan memberi tumpuan kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selamat.

“Pengguna lebuh raya disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan jadual perjalanan menerusi MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS bagi perjalanan di Lebuh Raya kendalian PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) antara 17 hingga 22 Oktober 2025,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN