Menurutnya, pihak polis akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan butiran lanjut berhubung kejadian itu.
“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya ringkas.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan di Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma pada kira-kira 5.40 petang.
Sazalee turut memaklumkan bahawa ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan, dan 12 daripada mereka berjaya diselamatkan. – MYBERITA








