Jasad lelaki hanyut kepala air ditemui 65 km dari lokasi kejadian

KUALA LUMPUR – Jasad seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, Isnin lalu akhirnya ditemui hari ini pada jarak kira-kira 65 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mayat mangsa, K. Suresh, 37, ditemui sekitar pukul 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita telah memperluaskan skop SAR kepada 36 km hari ini, bermula dari Kampung Tengah, Puchong menghala ke Klang.

“Daripada 13 pasukan yang digerakkan, pasukan kelapan telah menemui mayat seorang lelaki yang tersangkut pada perangkap sampah di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, hasil pemeriksaan awal mengenal pasti mayat berdasarkan tatu pada lengan kanan yang tertera nama mangsa selain pengecaman fizikal oleh ahli keluarga.

“Keadaan mayat sudah membengkak selepas lima hari dihanyutkan. Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Mayat mangsa dijangka diserahkan kepada keluarga esok selepas proses selesai,” ujarnya.

Semalam, kenderaan mangsa yang turut dihanyutkan arus deras sebelum ini turut ditemui. Pacuan empat roda jenis Pajero itu dijumpai kira-kira 1.5 km dari lokasi kejadian pada pukul 8.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang Isnin lalu, mangsa yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air. Seramai 13 pekerja berada di lokasi ketika kejadian, namun 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

BACA JUGA:  Lebih 15,000 jemaah sertai Solat Aidilfitri bersama Sultan Selangor
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...