Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada Sharifah Areeqa dengan sekali lafaz

KONGSI

KUALA LUMPUR – Penyampai radio ERA FM, Fazziq Muqris selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Sharifah Areeqa pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram ERA yang berkongsi sebuah video memaparkan detik indah akad nikah pasangan berkenaan.

Menerusi video tersebut, Fazziq tampil segak mengenakan baju melayu serba putih, manakala Sharifah Areeqa anggun dalam gaun berwarna perak (silver) yang menyerlahkan seri pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN