“Saya belajar untuk selamatkan kanak-kanak seperti arwah adik saya” – Zuriani

KONGSI

GEORGE TOWN – Enam tahun lalu, graduan Sarjana Pediatrik, Nur Zuriani Mat Zain berdiri di luar bilik rawatan rapi (icu) sambil mendengar doktor menerangkan keadaan adiknya yang istimewa, namun, hari ini beliau berdiri di pentas Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) membawa harapan untuk menjadi doktor yang beliau sendiri perlukan ketika detik sukar itu.

Tambahnya, kelulusan ini adalah perjalanan yang bermula dengan kehilangan, ditempa oleh pengorbanan keluarga dan dibentuk oleh keinginan untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak Malaysia mendapat rawatan terbaik tanpa mengira di mana mereka berada.

Zuriani memulakan pengajian sarjana pada tahun 2020, dan menurutnya minat terhadap pediatrik sudah ada sejak di universiti namun pengalaman di lapangan membuka mata tentang keperluan kepakaran yang lebih mendalam.

ARTIKEL BERKAITAN