Setiausaha syarikat didakwa buat pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 Januari lalu atas satu pertuduhan membuat pernyataan palsu dalam dokumen syarikat, mengikut Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016.

Tertuduh, Mohd Khairul Amini A. Ramli, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Khairul Amini didakwa membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berhubung butir-butir material dalam dokumen “Report and Financial Statements for the Financial Year Ended 31 December 2022” bagi syarikat Xperanti IOT (M) Sdn Bhd, yang diwajibkan untuk diserah simpan di bawah Seksyen 259(1)(a) Akta Syarikat 2016.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat perakuan palsu bahawa penyata kewangan berkenaan telah diedarkan kepada anggota syarikat, sedangkan edaran tersebut sebenarnya belum dilaksanakan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM3 juta, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Siti Shakirah Dato’ Wira Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000, sementara mahkamah menetapkan 12 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Farieza Hazreen Salehuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Amir Akmal Ahmad Shukri.

Dalam kenyataan berasingan, SSM menegaskan bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati mengemukakan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada suruhanjaya itu.

SSM turut menegaskan komitmen berterusan dalam mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat sentiasa peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.

BACA JUGA:  Suami pelakon Miera Liyana hadapi tuduhan pernyataan palsu, hidap pelbagai penyakit... rayu jaminan dikurangkan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...