Pertemuan berkenaan turut menjadi platform bagi Perdana Menteri menyembah maklum pelbagai perkara melibatkan dasar dan perancangan kerajaan, termasuk perkembangan semasa yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara.
Dalam hantaran sama, baginda dan Perdana Menteri juga membincangkan isu-isu semasa yang berkepentingan kepada negara, sejajar dengan peranan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur.
Pertemuan berkala antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri merupakan amalan biasa dalam sistem Raja Berperlembagaan bagi memastikan segala urusan kerajaan dimaklumkan kepada Seri Paduka Baginda dari semasa ke semasa. – MYBERITA








