Shiera imbau detik teman Amyza lahirkan Andre, akui sebak ziarah sehari sebelum pemergian

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tidak dapat melupakan detik bersejarah kira-kira 23 tahun lalu apabila berpeluang menemani sahabat karibnya, Amyza Aznan melahirkan anak sulung, Allahyarham Andre Mikhail di sebuah hospital di ibu negara.

Menurut Shahirah atau nama sebenarnya Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 51, momen berada di bilik bersalin ketika Andre dilahirkan menjadi antara kenangan paling bermakna dalam persahabatan mereka.

“Ketika Amyza melahirkan Andre, saya ada dalam bilik bersalin menemaninya.

“Nama Andre juga saya yang cadangkan sebab memang saya suka nama Barat. Saya beritahu Amyza, kalau dia suka, ambillah untuk anaknya,” katanya.

Shiera yang sempat menziarahi Amyza serta Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur sehari sebelum pemergian mengakui tidak mampu menahan sebak melihat keadaan sahabatnya itu.

“Apabila dengar berita mengenai Andre, saya terus buntu. Masuk sahaja ke bilik, saya tak mampu tahan air mata. Amyza sudah berhenti menangis, saya pula menangis tanpa henti.

“Hendak kata dia kuat pun saya tak mampu. Dalam hati cuma mampu berdoa. Semua orang datang pun tidak dapat tahan air mata. Setiap orang ada ujian masing-masing dan Amyza diuji sebegini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya, malam tadi.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang anak yang sangat baik, bertanggungjawab dan amat rapat dengan keluarga terutama adik-adiknya.

“Andre memang anak baik, banyak bantu jaga adik-adik. Mereka sangat rapat. Amyza pula ibu yang sentiasa bersama anak-anak.

“Paling menyentuh hati apabila melihat adik kecilnya. Selama ini Andre banyak menjaga mereka. Malah ada adik yang tidak sanggup mendekati abang kerana terlalu sedih. Semua orang tidak sanggup, tetapi kita tetap perlu lalui,” katanya lagi.

Sebagai ibu kepada lima cahaya mata, Shiera mengakui tidak mampu membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung seorang ibu kehilangan anak.

BACA JUGA:  11 staf Ojen Aiwah cedera lepas terlibat kemalangan, mohon doa dan sokongan

“Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan itu. Saya sendiri tak pandai menyusun kata.

“Apa yang mampu, kita dekatkan diri kepada Allah dan banyakkan doa,” katanya.

Terdahulu, Andre menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga, sekali gus meninggalkan duka mendalam buat keluarga serta sahabat terdekat.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...