Norzizi Zulkifli raih gelaran Profesor Madya, dedikasi buat arwah papa

KUALA LUMPUR – Di sebalik gelaran Profesor Madya yang kini disandang, pelakon dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, 50, mendedahkan kejayaan itu adalah impian arwah bapanya, pelakon veteran Zulkifli Zain.

Menerusi hantaran di Instagram semalam, Pensyarah Kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkongsi sekeping gambar yang dirakam pada 24 Jun 2020 memaparkan dirinya berdiri di bawah bumbung tempat letak kereta bertulis ‘Profesor Madya’.

“Gambar dirakam pada 24 Jun 2020. Ini parking orang. Saya letak kereta dan nak bergaya dekat sini supaya gambar ini menjadi saksi ingin dikerjakan sebuah impian,” tulisnya.

Menurut Dr Norzizi, ketika gambar itu dirakamkan, arwah bapanya masih hidup dan beliau sempat berkongsi hasrat untuk bergelar Profesor Madya.

“Masa itu arwah Papa pun masih hidup. Saya beritahu niat saya dan dia kata dia doakan. Ada ketika, dia sempat marah, ‘Hang suruh Papa doa, Papa dah doakan. Tapi hang tak mohon-mohon’.

“Hasrat dan ketentuan belum tentu selari. Papa pun meninggalkan kami September itu. Enam tahun kemudian, 25 Februari 2026. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya lagi.

Dr Norzizi yang berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM sejak 15 November 2006 memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari University of Wollongong, Australia.

Beliau sebelum ini turut meraih Ijazah Sarjana Seni Halus (Pengarahan Teater) dari National College of Rubber Technical, United Kingdom; Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Persembahan dari UiTM Shah Alam, serta Diploma Teater dari Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA).

BACA JUGA:  Social Innovation Camp 2025, idea anak muda rentas sempadan

Kejayaan itu sekali gus menjadi bukti dedikasi dan kesungguhan beliau dalam bidang akademik dan seni persembahan, selain merealisasikan impian arwah bapanya yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...